1. Kanak2 perempuanyg sudah baligh ketika umur 11 tahun, wajib berpuasa di bulan ramadhan. .Dia tetap berpuasa di
bulan ramadhan dantidak puasa ketikahaid 7 hari. disebabkan kejahilan utk menggantikannya, dia mengantikan pada
tahun yg berikutnya ketika umur 12 tahun, tetapi dia wajibkan membayar fidiyah. tahun-tahun berikut setelah diberitahu
wajib mengantikan puasa, dia mengantikan puasa seperti yg di tuntut.
Persoalannya, hanya setahun dia terlewat mengantikan puasa, wajib membayar fidiyah. dgn umur yg begitu muda,
berbanding sekarang umurnya 26tahun, adakah fidiyah itu berganda2? sedangkan pada umur 11 tahun, memandangkan
ketika usia kanak2, kejahilan, masalah kewangan,mgkn amik soal mudah tentang fidiyah,.adakah fidiyah itu perlu
diganda sehingga usia 26 tahun ini? sedangkan hanya ketika umur 11-12 tahun itu sahaja tidak mengantikan puasa.
2. Jikamembayar fidiyah, kepada siapa harusdi berikan? rumah anak2 yatim?
3.Bentuk apakahdan jumlah yg perludi bayar kepada mereka? cukup kah dgnsekampit beras?
w.salam
1.Seorang yang meninggalkan ibadah puasa yang wajib hendaklah mengqadhanya dengan segera. Jika sengaja
dilewatkan qadha tersebut maka wajiblah pula ke atasnya membayar fidhyah dengan bilangan menurut bilangan hari
yang ditinggalkan dengan sengaja itu.
Adapun jika diqadhanya segera yakni pada tahun selepas tahun ia meninggalkan puasa maka yang diwajibkan ke
atasnya ialah mengqadha puasanya sahaja tidak wajib membayar fidhyah.
2.Fidhyah hendaklah dibayar kepada fakir miskin dan tidak boleh dibayar kepada anak yatim melainkan anak yatim
tersebut adalah fakir atau miskin.
3.Fadhyah puasa bulan ramadhan ialah membayar secupak beras untuk sehari puasa yang ditinggalkan atau dengan
wang yang senilai dengan harga secupak beras.
wallahua'lam
Thx for : Marhaban YA Ramadhan ( MYM )
0 comments:
Post a Comment
Jangan Lupa Tuliskan Komentarnya ya...